suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Pekan

PEKAN: Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Exora mereka terbabas lalu berpusing dan melanggar tembok jambatan Sungai Api-Api sebelum terbalik di Km 26, Jalan Pekan-Nenasi dekat Pekan tengah hari Sabtu.

Mereka dikenali sebagai Nor Azian Abdul Razak, 26, yang mati di tempat kemalangan, anaknya Mohd Amar Zikri Amir, 2 tahun dan Nor Damia Az-zahra, 1 tahun.

Mohd Amar meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pekan pada pukul 11 malam Sabtu sementara Nor Damia Az-zahra meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada pukul 1.30 tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, mereka dari Kampug Baru Nenasi dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Pahang.

Beliau berkata, kereta itu dipandu bapa Nor Azian, Abdul Razak Hussin, 66, yang turut disertai isterinya Bibi Nordin, 64, yang kedua-duanya hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan.
Pekan, kemalangan, Nor Damia Az-zahra

Artikel Lain