Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MSN) Terengganu, seramai 1,521 orang masih berada di pusat pemindahan seluruh negeri berbanding 2,741 orang pagi tadi.
"Dengan keadaan cuaca yang begitu baik dan tiada hujan, dijangka lebih ramai lagi mangsa akan dibenarkan pulang," menurutnya.
Empat daripada 10 pusat pemindahan banjir telah ditutup di Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu mencatatkan paling ramai jumlah mangsa banjir iaitu 1,521 orang setakat 4 petang ini manakala di Marang terdapat 17 orang masih berada di sebuah pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kabangsaan Pasir Puteh dan di Setiu sebanyak 56 orang di sebuah pusat pemindahan di Surau Kampung Nyatoh.


