suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Harap Sistem Pendidikan Negara Jadi Antara Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap mutu pendidikan di negara ini akan menjadi antara yang terbaik di dunia menerusi perubahan-perubahan yang sedang diperjuangkan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang sedang diusahakan, bertujuan mentransformasikan sistem pendidikan negara.

"Ini supaya dapat melahirkan individu-individu yang lebih kreatif, berkebolehan berfikir serta mampu untuk bersaing dalam dunia yang lebih kompetitif ini," katanya menerusi siaran radio beliau di dalam blognya www.najibrazak.com , Jumaat.

Najib berkata kerajaan sedar bahawa sistem pendidikan negara perlu terus ditambah baik bagi melahirkan individu berpengetahuan, beretika dan mempunyai daya saing lebih tinggi.

"Dalam sejarah negara kita, pada tahun 1996, sewaktu saya menjadi Menteri Pendidikan, telah dilakukan rombakan yang besar pada sistem pendidikan negara, antaranya ialah membolehkan peranan pendidikan swasta diperluaskan.

"Saya harap dengan perubahan-perubahan yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan akan menjadikan mutu pendidikan khususnya di sekolah-sekolah kebangsaan lebih baik dan antara yang terbaik di dunia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain