suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Topografi Hutan Di Kawasan Tanah Runtuh Tidak Tercemar - Genting

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Berhad (GENM) memaklumkan bahawa tanah runtuh di Kilometer 4.2 di Genting Highlands awal pagi Selasa adalah sebahagian daripada topografi hutan yang tidak terusik di Resort World Genting.

GENM, dalam satu kenyataan, berkata tidak ada habitasi atau aktiviti di sekitar cerun semula jadi itu.

"Perunding pakar kami telah memeriksa kawasan runtuhan dan langkah-langkah untukmemelihara dan mengukuhkan cerun telah dilaksanakan.

"Kerja-kerja membersihkan sisa runtuhan sedang dijalankan dan aliran trafik di jalan Genting Highlands dijangka kembali seperti biasa menjelang pagi esok," kata kenyataan itu.

GENM menambah bahawa syarikat itu mempunyai program pengurusan cerunnya sendiri sejak 1994 yang dijalankan dan dipantau oleh perunding pakar selaras dengan garis panduan pembangunan di kawasan cerun bukit.

"Kami menempatkan peralatan untuk memantau dan merekod pergerakan cerun dan bangunan di Resorts World Genting, dan bacaannya dianalisis oleh perunding pakar dan dilaporkan pada setiap bulan," kata kenyataan itu.

GENM membelanjakan lebih RM4 juta bagi pemantauan dan merekodkan pergerakan cerun dan bangunan, dan juga bagi pemeliharaan dan mengukuhkan cerun dan mengekalkan cerun.

Artikel Lain