suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Tadbir Mengaku Tidak Bersalah Minta Habuan Seks

ALOR SETAR: Seorang Pegawai Tadbir Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, terhadap dua tuduhan membabitkan layanan seks sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kedah.

Bagi tuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken (KFC), Jalan Limbong Kapal di sini pada 10.45 pagi, 10 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Heris juga dituduh memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama di bilik bernombor 101, Hotel Royale Jalan Putra di sini pada 2.45 petang, 13 November lepas. 

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Firdaus Sekman.

Artikel Lain