suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin Timur Laut bertiup dengan kelajuan 40 dan 50 kmsj dengan ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan dan Terenganu terdedah kepada kenaikan paras air laut dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga Rabu.

Sementara itu, ribut petir yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga awal malam Selasa dan keadaan ini berbahaya kepada bot kecil.

Artikel Lain