suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri, Rakan Hadapi Tuduhan Edar Dadah

KOTA BARU: Pasangan suami isteri dan seorang rakan mereka pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methampetamine seberat 190 gram, bulan lepas.

Tertuduh Mohd Azwan Shahrul Aman Azam, 22; isterinya Nurul Aimie Mohamad, 23; dan Wan Ibrahim Wan Setapa, 51; hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan itu mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methampetamine seberat 190 gram di sebuah rumah di Jalan Perol Kampung Padang Mengkali, Peringat, di sini pada 11.45 pagi, 25 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Nik Habri menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

suami isteri, edar dadah

Artikel Sebelum

Artikel Lain