Polis Tembak Warga Asing Samun Kafe Internet - Semasa | mStar

Polis Tembak Warga Asing Samun Kafe Internet

PETALING JAYA: Polis menembak mati seorang penjenayah warga asing ketika cuba menyamun sebuah kafe internet di Taman Fadeson, Kepong kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, hasil pemeriksaan penjenayah yang memakai topeng dan bertopi keledar itu bagaimanapun menyamun menggunakan pistol tiruan.

Menurut Munusamy, kelibat suspek yang berlegar-legar menggunakan motosikal tanpa nombor pendaftaran dihidu dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan pusat perniagaan di situ.

"Salah seorang detektif memasuki kafe internet tersebut untuk menyamar sebagai pelanggan. Suspek masuk ke dalam kafe tersebut dan terus ke kaunter dengan mengacu sepucuk pistol.

"Pada masa itu, detektif yang berada di belakang kedai tersebut berteriak 'polis'. Lelaki itu acu pistol ke arah detektif. Demi untuk menjaga keselamatan diri dan penjaga kaunter, beberapa das tembakan dilepaskan kearah lelaki tersebut," katanya menerusi kenyataan media di sini, Ahad.

Turut dijumpai dalam bag sandang mangsa ialah wang tunai yang dipercayai baharu disamun, wang Indonesia dan sebuah passport Indonesia.

Mangsa dipercayai berumur 24 tahun.

Samun , Warga Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu

Rakyat Pahang terima Sultan baharu