Amerika Sedia Kongsi Kepakaran Teknologi Nuklear Dengan Malaysia - Duta - Semasa | mStar

Amerika Sedia Kongsi Kepakaran Teknologi Nuklear Dengan Malaysia - Duta

Laura E Kennedy
KUALA LUMPUR: Amerika sedia memberi bantuan sekiranya Malaysia ingin meneruskan rancangan membina loji tenaga nuklear, kata diplomat Amerika, Duta Besar Laura E. Kennedy.


Kennedy, kuasa usaha di Pejabat wakil tetap Amerika di Pertubuhan Antarabangsa di Vienna berkata negaranya sudah lama mempunyai industri tenaga nuklear dan kepakaran dalam bidang itu.

"Terserahlah kepada kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, kami sedia berunding tentang perjanjian kerjasama seperti yang kami lakukan di negara lain yang membenarkan pihak awam menjalankan perniagaan bahan berkaitan nuklear," kata Kennedy, yang sedang melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia, kepada media di sini.

Pada Julai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata kerajaan akan menjalankan kajian kemungkinan mengenai cadangan pembinaan sebuah loji nuklear di negara ini.

Sebelum itu, terdapat laporan bahawa kerajaan merancang membina dua loji tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga, satu menjelang 2021 dan satu lagi setahun kemudian.

Kennedy bagaimanapun berkata sebelum sebarang keputusan diambil tentang perkara itu, Malaysia perlu berbincang dengan badan kawal selia nuklear seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai kepatuhan terhadap standard keselamatan antarabangsa.

Kennedy, yang berada di negara ini untuk mempromosi penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan aman, berkata rakyat Malaysia perlu sedar bahawa teknologi nuklear memberi banyak manfaat dalam bidang seperti kesihatan dan pertanian.

Bekas penghidap kanser ini juga menyentuh tentang penggunaan teknologi nuklear dalam rawatan kanser dan bagaimana teknologi berkaitan nuklear kini digunakan untuk membantu memerangi wabak Ebola.


tenaga nuklear , Amerika Syarikat , Vienna

Artikel Berikut

Rizalman Ditahan Mahkamah New Zealand

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain