suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot TLDM Belum Ditemui, OP Sar Diteruskan - Panglima TLDM

KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur bersama tujuh anggotaTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mengalum,Sabah, pagi Ahad masih belum ditemui setakat 8 pagi Isnin.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya  berkata kapal diraja (KD) Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Berani dan KM Mabul, masih meneruskan pencarian bot tempur CB90.

"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.

"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan Ahad malam, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

TLDM, OP Sar

Artikel Sebelum

Artikel Lain