suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Lancar Di Seluruh Negara Pagi Isnin

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan bergerak lancar setakat 9 pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan.

"Trafik lancar dan terkawal di sepanjang lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik keseluruhannya masih lancar dan terkawal di Lebuhraya bertol sekitar Lembah Klang, KL-Karak, Lebuhraya Pantai-Timur (LPT) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP) dikedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebastol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik. 

Aliran trafik, PLUS

Artikel Sebelum

Artikel Lain