suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembentangan Bajet 2015 Fokus Utama Sidang Dewan Rakyat 7 Oktober

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2015 akan menjadi fokus utama Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13 persidangan Dewan Rakyat bermula 7 Oktober ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan bajet itu pada Jumaat, 10 Oktober.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata pembentangan bajet berkenaan akan menjadi tumpuan utama selain pembentangan rang undang-undang (RUU) yang lazimnya boleh dikemukakan pada bila-bila masa.

Sesi Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 28 hari, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara lain yang akan menjadi usul atau fokus pada sidang kali ini.

Bajet 2015

Artikel Berikut

Artikel Lain