Jabatan Pendidikan Nafi Calon UPSR Meninggal Dunia Akibat Tekanan - Semasa | mStar

Jabatan Pendidikan Nafi Calon UPSR Meninggal Dunia Akibat Tekanan

Rosdi Ismail

KUANTAN: Jabatan Pendidikan Pahang menafikanseorang calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di sini meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.

"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri telah menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stress'," katanya.

Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam  darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.   

Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: " ... murid tahun enam SK Wira telah meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A tu."   

Sehubungan itu, katanya beliau  bagi pihak Jabatan Pendidikan negeri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan kenyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.    

"Ibu dan bapanya reda dengan pemergian anak mereka dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang  terhadap penyebar berita tersebut.  

Cuma mereka menasihatkan agar pihak  terlibat tidak menulis dan menyebar sesuka hati perkara yang tidak pasti," katanya. 

UPSR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain