suria

Laluan Trafik Di Jalan Imbi Akan Dibuka Semula Hujung Oktober

Ahmad Phesal (kiri) mengadakan lawatan kerja ke lokasi kerja-kerja pembaikan akibat mendapan tanah dan runtuhan di persimpangan Jalan Pudu-Jalan Imbi-Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur pada Jumaat.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan akibat mendapan tanah dan runtuhan di persimpangan Jalan Pudu baru-baru ini semakin pulih dan dijangka laluan trafik akan dibuka sepenuhnya hujung Oktober.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pembukaan jalan itu akan dibuka secara berperingkat mengikut status kerja-kerja pembaikan.

"Kita dapati strukturnya tidak membimbangkan, malah kita perkukuhkan lagi dengan kerja-kerja penuangan konkrit di dalam kawasan mendapan," katanya semasa melawat tapak berkenaan pada Jumaat.

Beliau berkata konsep projek pembinaan laluan bawah tanah di kawasan itu akan dilaksanakan secara 'open-cut' dan tidak lagi menggunakan konsep asal secara 'micro-tunneling' atas faktor keselamatan kepada utiliti dan struktur tiang monorel.

Katanya sekiranya projek berkenaan berjalan dengan lancar, keseluruhan projek pembinaan terowong itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Pada 2 Julai lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah yang dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.
Jalan Imbi, mendapan

Artikel Lain