suria

Langkah Anti-Gelandangan Dilaksana Di Kebanyakan Bandar Moden

Besi tajam yang dipasang di sebuah pangsapuri mewah di London.
PETALING JAYA: Larangan terhadap program amal Soup Kitchen daripada memasuki pusat bandar dalam jarak tertentu, menjadikan Kuala Lumpur secara tidak langsung telah menyertai bandar-bandar lain yang menguatkuasakan langkah-langkah anti-gelandangan.

Di Amerika Syarikat (AS), 33 bandar telah menyekat perkongsian makanan atau sedang mempertimbangkan sekatan ke atas perkongsian makanan, NBC News melaporkan.

Gabungan Kebangsaan bagi Gelandangan, yang berkongsi draf laporan akan datangnya dengan organisasi berita, mendedahkan bahawa polis, di sekurang-kurangnya empat majlis perbandaran baru-baru ini telah mendenda, memindahkan atau mengancam untuk memenjarakan kumpulan swasta yang memberi makanan kepada gelandangan dan tidak membiarkan tugas itu dilakukan agensi-agensi kerajaan.


Pada tahun 2012, beratus-ratus pancang tajam telah dipasang di bawah sebuah jambatan di Guangzhou, China kerana ia menjadi tempat tinggal popular bagi golongan gelandangan.

Ini menaikkan kemarahan pengguna laman sosial Cina.

Lokasi-lokasi tertentu di bandar-bandar lain juga tidak menggalakkan kehadiran golongan gelandangan, termasuklah  di luar blok pangsapuri mewah di London yang memasang pancang logam berukuran 17 inci untuk menghalang orang ramai daripada berlindung di situ.

Datuk Bandar London  Boris Johnson mengutuk pemasangan besi-besi logam itu sebagai sebagai "hodoh, merugikan diri sendiri dan bodoh", dan petisyen dalam talian di Change.org menyaksikan lebih 130,000 tandatangan dikumpul menggesa ia dikeluarkan.

Di Kanada, pancang yang sama dipasang di luar kawasan kedai di Archambault, di kedai-kedai buku, muzik dan filem di pusat bandar Montreal, walaupun kedai-kedai itu dilaporkan tidak meminta pemasangan dilakukan.

Seperti rakan sejawatannya dari London, Datuk Bandar Denis Coderre menulis di Twitter tentang kemarahannya, dan besi-besi segera dikeluarkan.

Pengguna di internet juga meletakkan gambar-gambar yang sama yang dikesan di Wall Street, New York dan di luar sebuah bank di Paris, Perancis.
gelandangan, besi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain