suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Suami Isteri, Anak Dilarikan Penculik

Gambar hiasan.
GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan mereka diculik dan dilarikan sejauh 30 kilometer oleh dua lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Taman Hutchings.

Difahamkan, suspek memecah masuk rumah teres tersebut melalui bumbung, kira-kira pukul 6.30 pagi Khamis.

Tidak berpuas hati dengan barang yang dicuri, kedua-dua suspek merampas kunci kereta Mercedes E200 milik keluarga itu.

Mereka kemudiannya memaksa keluarga tersebut untuk masuk ke dalam kereta itu.

Difahamkan suami mangsa berjaya melompat keluarga dari kereta tersebut sebaik saja sampai di Seberang Jaya.

Sebuah lori yang melalui kawasan itu terlihat lelaki tersebut di tepi jalan lalu menghantar mangsa ke balai polis, tempat dia membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kedua-dua suspek melepaskan isteri dan dua lagi anak mangsa dekat Batu Tikam.





culik, Taman Hutchings, Mazlan Kesah

Artikel Lain