suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor Buka Puasa Bersama Rakyat

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) pada Majlis Ihya Ramadan, Berbuka Puasa Bersama Rakyat, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Isnin.
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, malam Isnin.


Dalam majlis itu, baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan daripada lima syarikat berjumlah RM24.3 juta serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 600 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan fakir, miskin, anak yatim dan mualaf.

Lima syarikat yang menyampaikan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2013 ialah UMW Holdings Berhad sebanyak RM14.7 juta; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (RM5.1 juta).

Kumpulan Syarikat PLUS Malaysia Berhad (RM2 juta); Worldwide Holdings Berhad (RM1.6 juta) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad sebanyak RM 618,000.

Baginda serta para hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Artikel Lain