suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wisma Putra Adakan Sidang Media Pada Selasa Tangani 'Isu Penting'

PETALING JAYA:Wisma Putra akan mengadakan sidang media pada Selasa bagi menangani "isu penting" apabila seorang pegawai diplomat didituduh melakukan serangan seksual di New Zealand.


Menurut laporan, lelaki yang berusia 30-an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas.

Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Nama lelaki dan butiran kes itu yang boleh mengenal pasti identitinya telah disembunyikan oleh seorang hakim New Zealand.

Perdana Menteri New Zealand, John Key dilaporkan berkata, pada Isnin bahawa keutamaannya adalah lelaki itu dibicarakan di negara itu.

Key berkata, majikan pegawai diplomat itu di New Zealand telah dipanggil berhubung perkara itu bagi menunjukkan keseriusan kerajaan itu berhubung situasi berkenaan.

Mahkamah New Zealand kadang-kadang menyembunyikan butiran mereka yang tertuduh dalam jenayah seksual bagi melindungi identiti mangsa.

Dilaporkan, pegawai New Zealand tidak dapat memberikan alasan berhubung perintah sekatan terhadap kes berkenaan.

Wisma Putra, pegawai diplomat

Artikel Lain