suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang Urut Cedera Ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut tradisional cedera di punggung akibat terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya di Jalan 3, Taman Reko, Kajang dekat sini pada Isnin.

Dalam kejadian pukul 8.24 pagi itu, Phang Kon Sook, 53, sedang mengurut seorang pelanggan lelaki warga tempatan sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata melihat kelibat suspek, mangsa keluar bertemu mereka.

"Selepas berjumpa mereka, mangsa masuk semula ke dalam rumah untuk menyambung urutan dan ketika itulah, seorang suspek mengekorinya sebelum melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.

"Sejurus selepas itu, suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama rakannya," katanya.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan.


Tembak, Kajang

Artikel Lain