suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syabas Adakan Operasi Bil Tertunggak

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd (Syabas) menasihatkan pengguna supaya menjelaskan bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera bagi mengelak tindakan pemotongan bekalan air.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata operasi bil tertunggak sedang dijalankan di Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Selangor dan Sabak Bernam sehingga 31 Julai ini.

"Pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM35 dan caj penyambungan semula sebanyak RM35 sebelum penyambungan semula dibuat jika pemotongan dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata caj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air.

Jelas beliau, caj itu seperti yang diwartakan oleh kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini.

Orang ramai yang mahu mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak> <aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web Twitter dan Facebook Syabas.


Syabas

Artikel Lain