suria

Murid Di Pulau Pinang Sah Dijangkiti JE

Keadaan longkang yang berwarna hitam kehitaman berhampiran kandang khinzir di Parit Sekolah, Kampung Selamat di Tasik Gelugor. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengesahkan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, di sini dijangkiti ensefalitis Jepun (JE) dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bayan Baru, dekat sini. Foto BERNAMA

TASEK GELUGOR: Seorang murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat sah dijangkiti virus ensefalitis Jepun (JE).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan perkara itu dan murid berusia 12 tahun itu kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di Bayan Baru dekat sini.

"Kita telah menerima laporan perubatannya dan ujian terhadap air tulang belakang yang dijalankan oleh hospital berkenaan mendapati murid itu positif JE," katanya.

Pada Ahad, sebuah stesen televisyen melaporkan bahawa budak lelaki itu dijangkiti JE berada dalam keadaan kritikal dan koma.

ensefalitis Jepun, JE

Artikel Lain