suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakar Arang Catat IPU Paling Tinggi, Hampiri Bacaan Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Bakar Arang di Sungai Petani merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi iaitu 100, menghampiri bacaan tidak sihat, setakat 8 pagi Jumaat.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat 32 kawasan mencatatkan IPU sederhana termasuk Seberang Jaya 2 di Perai (99), Jalan Tasek di Ipoh (89), Alor Setar dan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang masing-masing (87) dan Perai di Pulau Pinang (85).

Antara kawasan lain dengan rekod bacaan IPU sederhana ialah Kampung Air Putih di Taiping (78), Kangar (73) dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (70).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
IPU, tidak sihat, jerebu

Artikel Lain