Pemilihan PKR: Ahli Cabang Ampang Saman Parti

Zuraida dinamakan sebagai defendan ketiga dalam writ saman oleh AJK PKR Cabang Ampang.
PETALING JAYA: Kontroversi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin kusut apabila ahli parti itu kini menggunakan saluran mahkamah bagi membatalkan keputusan pemilihan bagi Cabang Ampang.

Saman yang difailkan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Ampang, Nasharudin Md Isa itu menamakan tiga defendan iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul; JPP dan Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira pukul 2.45 petang Jumaat.

Menurut Nasharudin, tindakan mahkamah adalah jalan terakhir bagi menuntut keadilan daripada parti itu berikutan dua aduannya kepada JPP sebelum ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya yakin terdapat unsur rasuah oleh defendan ketiga (Zuraida), wakil serta penyokongnya hingga mempengaruhi keputusan pemilihan bagi Cabang Ampang.

"Malah JPP sendiri gagal mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap dua bantahan saya sebelum ini walaupun semua bukti kukuh dikemukakan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Menurut Nasharudin, beliau mengemukakan bantahan sebanyak dua kali pada 21 dan 22 Mei lalu, namun JPP tetap meneruskan pengiraan undi dan mengesahkan keputusan.

"Malah ketika pengiraan undi, tiada wakil calon dipanggil untuk memantau proses itu," katanya.

Pemilihan PKR Cabang Ampang diadakan pada 11 Mei lalu dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang diisytihar berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ketua cabang.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!