suria

Pelabuhan Klang Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 10 Pagi

Kawasan Pelabuhan Klang mencatatkan bacaap IPU tidak sihat setakat pukul 10 pagi Ahad.

PETALING JAYA: Pelabuhan Klang di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 102 setakat pukul 10 pagi Ahad.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tidak sihat di Pelabuhan Klang mula direkodkan sejak pukul 9 pagi.

Setakat pukul 10 pagi, terdapat beberapa kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhaan seperti Taiping (98), Seri Manjung (94), Shah Alam (89), Sungai Petani (87), Banting (84) dan Petaling Jaya (82).

Antara lain yang mencatatkan bacaan IPU sederhana adalah Alor Setar dan Cheras masing-masing (80), Kuala Selangor (79), Port Dickson (77), Perai (75) dan Putrajaya (71).

Kebanyakan kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 ke 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU dari semasa ke semasa.



Artikel Sebelum

Artikel Lain