suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghulu Maut Kereta Dipandu Bertembung Traktor

PEKAN: Penghulu mukim Bentong, Mohamad Bakri Abu Talib, maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah traktor di KM 35 Jalan Pekan-Batu Balik, dekat sini, malam Jumaat.


Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 53 tahun mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, ketika kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Pekan ke rumahnya di Salong.

Katanya, pada masa yang sama sebuah lagi kereta yang dipandu Sahnizan Mohd Razali, 33, berada kira-kira 200 meter di belakang mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chini.

"Di tempat kejadian, mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan traktor yang dipandu oleh Nordin Osman, 38, yang baru selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Temai Hulu," katanya kepada pemberita.

Akibat perlanggaran itu, kereta Proton Iswara yang berada di belakang mangsa, gagal memberhentikan kenderaannya lalu terbabas ke dalam gaung di sebelah kiri jalan menghala ke Batu Balik, katanya.

Beliau berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta Proton Iswara dan traktor terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata Yahaya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

penghulu, Bentong, Salong

Artikel Sebelum

Artikel Lain