suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan Lari Dari Mahkamah Serah Diri

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk pertuduhan memiliki dadah Selasa lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Jumaat.

Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, menyerah diri pada 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata lelaki itu akan direman pada 2.30 petang ini.

Dalam kejadian 8.40 pagi Selasa itu, suspek yang digari secara berangkai bersama-sama 14 lelaki lain melarikan diri sebaik kenderaan polis yang membawanya tiba perkarangan mahkamah itu.

Lelaki terbabit ditahan di Taman Tun Sardon di sini kerana disyaki memiliki dua tiub dadah jenis heroin, 13 Jun lepas.


Timur Laut

Artikel Lain