suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam Di Banting: Dua Warga Indonesia Ditahan

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa tongkang yang dipercayai membawa 97 penumpang pendatang tanpa izin yang karam di perairan Sungai Air Hitam berhampiran Pantai Kelanang.
SHAH ALAM: Dua warga Indonesia ditahan berhubung insiden tongkang karam yang melibatkan 97 penumpang di perairan Sungai Air Hitam, Banting, Rabu lalu. 

Lelaki berumur 44 dan 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi Jumaat berikutan serbuan di sebuah premis di Pelabuhan Klang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai menjadi ejen bot dan "tekong Darat".

"Kami merampas telefon bimbit mereka untuk membantu penyiasatan.

"Mereka ditahan reman sehingga 26 Jun," katanya pada sidang akhbar, Jumaat. 

Beliau menambah kedua-dua mereka mempunyai pengenalan dan dokumen perjalanan sah.
tongkang karam, warga Indonesia

Artikel Lain