suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam Sepang: 20 Mangsa Ditemui, 7 Masih Hilang

Sebahagian daripada 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang berjaya diselamatkan selepas bot pancung yang mereka naiki terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang dibawa ke Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Klang.
PELABUHAN KLANG: Sejumlah 20 mangsa ditemui manakala tujuh lagi masih hilang dalam kejadian terbaharu bot pancung yang membawa 27 warga Indonesia yang karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Khamis.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh.

"Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi ini menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

Kejadian itu berlaku dalam tempoh 24 jam selepas tragedi bot karam yang membawa 97 pendatang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey semalam.

Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam.

Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi.

Artikel Lain