suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Terbakar, Lima Sekeluarga Nyaris Maut

KUANTAN: Lima sekeluarga nyaris maut setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran yang berlaku di Felda Bukit Goh di sini, Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata kesemua penghuni rumah sempat melarikan diri sebelum api marak membakar kediaman mereka dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

"Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.09 pagi, tiga buah jentera dari Balai Bomba Kuantan dan Indera Mahkota dengan kekuatan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata api berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Kuantan

Artikel Lain