suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat MASWing Hadapi Masalah Teknikal Selamat Mendarat

KOTA KINABALU: Sebuah pesawat MASwings ATR72-500 penerbangan MH3041 dari Kota Kinabalu ke Labuan yang berlepas pada 7.30 pagi hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Labuan pada 8 pagi.

"Pesawat itu membawa 55 penumpang dan empat anak kapal. Apabila mendarat menghala ke Lapangan Terbang Labuan, satu daripada enjin pesawat mengalami masalah teknikal.
 
"Sebagai mematuhi prosedur operasi standard, kapten operasi dengan serta-merta memaklumkan ATC Labuan dan perkhidmatan sokongan lapangan terbang telah diaktifkan sepenuhnya," menurut MASWings dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Menurutnya, semua prosedur perlu telah dilaksanakan dan didapati enjin nombor dua kapal terbang di dalam papan penutup bahagian enjin telah terpisah dan ditemui di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan itu, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. "Bagaimanapun, memandangkan keselamatan merupakan aspek terpenting syarikat, pesawat itu kini dilarang terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan kejuruteraan sebelum kembali berkhidmat," katanya.


Artikel Sebelum

Peniaga Kain Mati Ditetak

Artikel Berikut

Artikel Lain