suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Didakwa Ugut Pelancong Vietnam Melalui E-Mel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan memeras ugut pelancong Vietnam menerusi e-mel setelah meragut telefon bimbit mangsa.

Muhammad Azhan Hamzah, 24, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim.

Dia didakwa menghantar e-mel kepada Lee Thi Hang dan meminta wang tunai RM1,000 untuk menebus balik telefon bimbit jenis iPhone 4S yang diragut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas di Flat Sri Kelantan di sini pada 3.57 pagi 11 Jun lepas mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, atau dengan sebatan, atau mana-mana dua daripadanya, jika disabit kesalahan.

Nurul'Ain menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
ugut, pelancong Vietnam, e-mel

Artikel Lain