suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohamad Hasan Ulas Spekulasi Tukar MB

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kedudukan dan pelantikan seseorang menteri besar berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam hubungan ini, Mohamad berkata beliau menerima apa sahaja keputusan perdana menteri berhubung kedudukannya.

"Sebagai seorang yang bekerja (berkhidmat), bertukar porfolio ini adalah sesuatu yang biasa....lumrah alam. Lumrah dalam kita bekerja. Kita menjalankan tugas di mana apabila kita dikehendaki bertukar atau pun disuruh untuk bersara, kita menerima dengan dada yang lapang....usah menangis-nangis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian semalam berhubung ura-ura dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi.

"Jadi, kalau perdana menteri rasakan sudah sampai masanya menteri besar A dan menteri besar B, perlu diganti, maka itu terpulang kepada beliau," kata Mohamad.
Mohamad Hasan, Menteri Besar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain