suria

Dua Orang Asli Ditemui Lemas

TEMERLOH: Mayat dua pelajar Orang Asli yang lemas semasa mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang di sini petang semalam, ditemui pada Rabu.

Mayat Suhaimi Ismail, 17, ditemui pada 11.30 pagi tadi manakala seorang lagi rakannya Hasmarizan Yusof, 15, ditemui pada 12.05 tengah hari tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan lemas.

"Mayat kedua-dua pelajar berkenaan kini dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Aziz kedua-dua mangsa yang menetap di Kampung Paya Mengkuang Songsang dekat Temerloh dilaporkan lemas ketika mandi di tempat kejadian 5.30 petang semalam.

Kedua-dua mangsa dikatakan mandi di sungai itu pada 3.30 petang dan telah termasuk ke kawasan air dalam.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya dan sempat menjerit meminta tolong.

Operasi mencari mangsa yang turut melibatkan penduduk kampung terpaksa dihentikan pada 7.30 malam tadi dan disambung 8 pagi ini.


Sungai Pahang, Orang Asli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain