suria

Lima Kawasan Catat IPU Sederhana Setakat 6 Pagi

Jarak penglihatan sedikit pulih dari kesan jerebu ketika dirakam dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih dengan hanya lima kawasan merekodkan bacaaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 6 pagi ini.

Menurut senarai bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), lima kawasan tersebut ialah Bukit Rambai (52), Nilai (69), Banting (54), Pelabuhan Kelang (55) dan Shah Alam (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat)
dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk ke portal http://apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU.

jerebu, IPU, JAS

Artikel Lain