suria

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Tong Sampah

Mohd Shukor Sulong.

KLANG: Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata, bayi itu yang dianggar berusia lebih seminggu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

"Bayi itu ditemui dibalut dengan beg plastik sampah berwarna hitam. 

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan pada bayi itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut. 

"Kawasan tempat bayi dibuang itu ialah bangunan rumah kedai empat tingkat, lokasi itu juga kawasan perniagaan yang bercampur dengan rumah kediaman," katanya.

Mohd Shukor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Artikel Lain