suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kempen Pembangkang Bermuka-Muka - Shahrizat

Shahrizat menyuap 'kuih' ke mulut bekas polis Abd Malek Man, 90, ketika lawatannya ke Sg Sekamat, Kajang. - foto NORAFIFI EHSAN/The Star
KAJANG: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kesal dengan sikap jentera kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermuka-muka ketika berkempen bagi meraih sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dakwa beliau, PKR begitu terdesak apabila terpaksa menggunakan taktik kotor termasuk cuba menimbulkan sentimen perkauman terhadap calon Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang tidak ikhlas, mereka bersandiwara dan menggunakan pelbagai topeng ketika berkempen di sini.

"Apabila pergi ke kawasan Melayu, mereka burukkan calon kita dengan kononnya mengatakan supaya tidak harus beri undi kepada orang bukan Melayu...begitu juga bila mereka bertemu pengundi berbangsa lain," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika berkempen dan menziarahi seorang warga emas di Taman Sekamat, Kampung Sungai Sekamat di sini.

PRK DUN Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mewakili PKR.

Ditanya sama ada pengundi di DUN Kajang menghadapi dilema untuk memilih dua calon wanita yang diketengahkan, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno yakin BN menawarkan calon terbaik untuk rakyat.

"Saya yakin rakyat bijak untuk membuat penilaian...mereka lihat dalam konteks yang luas.

"Rakyat pastinya akan memilih sebuah parti yang menjadi kerajaan Persekutuan," katanya.

Shahrizat, PRK Kajang, PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain