MH370: Henti Jadikan Uyghur Sebagai Mangsa - Semasa | mStar

MH370: Henti Jadikan Uyghur Sebagai Mangsa

PETALING JAYA: Jangan menggunakan masyarakat Uyghur sebagai kambing hitam dalam kejadian pesawat MH370 yang hilang, kata seorang aktivis hak asasi manusia Uyghur, Rabu.

Pengarah Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Alim Seytoff terpanggil untuk menamatkan khabar angin itu dan sebaliknya meminta orang ramai membiarkan kerajaan Malaysia menjalankan siasatannya tanpa sebarang gangguan.

"Pada masa berdepan tragedi yang besar seperti ini, adalah penting untuk membiarkan kerajaan Malaysia melakukan siasatan dan mendedahkan sepenuhnya apa yang telah berlaku kepada pesawat Malaysia kepada orang ramai," katanya dalam e-mel kepada 'The Star'.

Alim, yang juga Presiden Persatuan Uyghur Amerika berkata dalam masa yang sama, adalah penting untuk berhenti daripada menjadikan rakyat Uyghur sebagai mangsa tanpa bukti.

"Hentikan 'mengkambinghitamkan' rakyat Uyghur dengan khabar angin dan teori konspirasi yang tidak berasas, dengan hanya berdasarkan spekulasi pada masa ini," katanya.

Spekulasi bahawa Uyghur, etnik minoriti di China dikaitkan dengan kejadian itu telah bertiup kencang.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai 'Chinese Martyrs Brigade' mendakwa menghantar surat mengaku  bertanggungjawab terhadap kejadian itu kepada wartawan Cina awal minggu ini.
uyghur , mangsa , mh370 , mas , china , minoriti

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"