suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Maritim Perluas Carian Di Laut Andaman Dan Selatan Thai

KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memindahkan pasukan mencari dan menyelamatnya untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu berkata agensi itu memperluaskan kawasan operasinya dalam usaha untuk mencari petunjuk.

"APMM secara agresif akan mempergiatkan usaha mencari yang kini dibantu oleh banyak kerajaan asing," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS -Parit Buntar ) di Dewan Rakyat.

Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Dr Mujahid juga mahu mengetahui status semasa aset dan peralatan APMM bagi memastikan keselamatan perairan negara yang mana Shahidan menjawab walaupun aset itu lama tetapi masih berfungsi dengan baik.

"APMM mempunyai 55 kapal yang berusia 30 tahun dan agensi berharap peruntukan untuk pembelian kapal baru disediakan bagi memastikan Zon Maritim Malaysia sentiasa kekal selamat dan terjamin," katanya.

Shahidan juga berkata APMM merupakan agensi keselamatan negara yang pertama tiba di lokasi kedua-dua tompokan minyak, lokasi pesawat yang hilang yang disyaki yang ditemui di perairan Vietnam.

Artikel Lain