Saman Mat Sabu: Wan Ahmad Mohon Ganti Rugi RM200,000 - Semasa | mStar

Saman Mat Sabu: Wan Ahmad Mohon Ganti Rugi RM200,000

Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar.

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon mahkamah memberikan ganti rugi RM200,000 kepadanya dalam kes samannya terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan empat lagi berhubung artikel berkaitan pengeluaran kad pengenalan biru di Sabah. 

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Wan Ahmad berkata, pihaknya memohon jumlah itu kerana dakwaan dalam saman itu melibatkan maruah, integriti dan reputasi Wan Ahmad.

"Kami pohon ganti rugi tidak kurang RM200,000 diberikan kepada plaintif (Wan Ahmad) supaya ia jadi teladan kepada pihak-pihak yang cuai dalam membuat tuduhan dan fitnah," katanya kepada media selepas kes itu disebut di dalam kamar hakim Lee Heng Cheong.

Mahkamah pada Selasa sepatutnya memberikan keputusannya.

Bagaimanapun, Mohd Hafarizam berkata, mahkamah meminta kedua-dua pihak berhujah tentang ganti rugi dan kos sebelum membuat keputusannya.

Mahkamah, katanya, menangguhkan kepada 20 Mac ini untuk membuat keputusan.

Mohd Hafarizam berkata, dalam hujahannya beliau memohon mahkamah memberikan ganti rugi tidak kurang daripada RM200,000 dan kos sebanyak RM50,000 jika keputusan mahkamah memihak kepada plaintif.

"Pihak defendan pula memohon ganti rugi nominal dan kos sebanyak RM50,000," katanya.

Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari 2013.

Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah.

wan ahmad wan omar , mat sabu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

MH370: Keluarga Redha

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain