suria

MH370: Balotelli Digunakan Sekadar Buat Perbandingan

Gambar dua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu ditunjukkan selepas sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di SEpang, Selasa. -fotoBERNAMA

SEPANG: Menyebut nama pemain bola sepak Itali Mario Balotelli hanya untuk membuat perbandingan, menurut Kementerian Pengangkutan berhubung identiti pemegang pasport yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 yang hilang.

Kenyataan kementerian itu memberi penjelasan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abd Rahman menggunakan Balotelli untuk menunjukkan bahawa kewarganegaraan seseorang tidak ditentukan oleh wajah mereka.

"Ia tidak bermaksud jahat terhadap personaliti yang berkenaan," kata Ketua Pusat Krisis Komunikasi Kementerian Pengangkutan, V Mano.

Sebelum ini, Azharuddin telah diminta untuk mengesahkan dakwaan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kedua-dua penyamar kelihatan seperti orang Asia, yang dinafikan beliau.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa Balotelli, kelahiran Ghana adalah warga Itali, sambil menambah kewarganegaraan dan bangsa bukan perkara yang sama.

Salah seorang daripada dua penyamar telah pun dikenal pasti oleh pihak polis pada Selasa sebagai warga Iran berusia 19 tahun dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad.

mh370, mas, dca, Balotelli

Artikel Lain