suria

Mangsa Putus Kepala Dalam Kemalangan Di Rembau

Keadaan kereta yang remuk yang mengakibatkan pemandunya maut selepas kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kota kira-kira pukul 11 pagi dekat Rembau, Jumaat. -fotoBERNAMA

REMBAU: Seorang lelaki putus kepala apabila keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1, Jalan Seremban-Tampin di sini, Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika R.Sivakumar, 39, dalam perjalanan dari arah Tampin menuju Seremban.

Jurucakap polis berkata mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan cuba memotong beberapa kenderaan lain dihadapannya sebelum bertembung dengan treler berkenaan.

"Tubuh mangsa tersepit di tempat duduk sementara kepalanya putus dan tercampak keluar dari kereta," katanya.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom memgesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain