suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid Sahkan Penangkapan Militan Indonesia, Fadli Sadama

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penangkapan militan Indonesia, Fadli Sadama, yang melarikan diri semasa rusuhan di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia pada Julai lepas.

"Laporan yang kita peroleh daripada agensi perisikan mendapati ada ancaman yang mungkin berlaku... Jadi, (ini) sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan sebarang kegiatan yang mungkin dilakukannya. Saya tidak mahu disebabkan satu atau dua insiden, kita dianggap penternak pengganas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan dua buku bertajuk 'Je T'aime' dan 'The Glory of God' tulisan Datin Seri Panglima Shuryani Datuk Shuaib pada Jumaat.

Pada Selasa lepas, agensi berita asing melaporkan jurucakap Polis Nasional Indonesia Agus Rianto berkata Fadli telahpun ditahan di Malaysia dan diserah kepada pihak berkuasa Indonesia. Agence France Presse (AFP) melaporkan Fadli adalah antara 200 pesalah yang melarikan diri selepas para banduan membakar penjara berkenaan semasa rusuhan yang mengakibatkan lima orang mati.

Dilaporkan Fadli turut didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah selatan Thailand iaitu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani selain Jemaah Islamiyah.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain