suria

Mohd Azam Angkat Sumpah Adun Sungai Limau

Mohd Azam, Adun Sungai Limau yang baharu.
Mohd Azam, Adun Sungai Limau yang baharu.
Mohd Azam, Adun Sungai Limau yang baharu.

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Md Rozai Safian di Dewan DUN, di sini, Isnin.

Calon PAS, Mohd Azam, 37, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 November lalu menewaskan Ahmad Suhaimi Lazim dari Barisan Nasional dengan 1,084 undi majoriti.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain