suria

Najib Hadir Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini Sabtu.

Najib yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Pekan tiba di dewan itu pada pukul 9.30 pagi dan disambut kira-kira 1,000 perwakilan bahagian itu.

Sejurus tiba, Najib melakukan pemeriksaan barisan oleh kira-kira 100 perwakilan dari ketiga-tiga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian dan menaikkan bendera Umno.

Perdana menteri kemudian beredar masuk ke dalam dewan bagi memulakan mesyuarat dan dijangka mengundi pada pukul 12 tengah hari.

Kira-kira 900 perwakilan yang layak daripada Umno bahagian Pekan akan mengundi pada pemilihan kali ini.

Mesyuarat Perwakilan Umno pada Sabtu berlangsung serentak di 191 bahagian bermula 8 pagi ini.

Najib mengekalkan jawatan presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Pekan setelah diumum menang tanpa bertanding pada 21 September lepas.

Timbalan Ketua Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun juga menang tanpa bertanding untuk jawatan yang disandangnya itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain