Chin Peng: Antara Pejuang Kebebasan Dan Musuh - Semasa | mStar

Chin Peng: Antara Pejuang Kebebasan Dan Musuh

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, 90, meninggal dunia pada Isnin di Bangkok dan kekal sebagai tokoh kontroversi dalam sejarah Malaysia.

Ada yang menganggap beliau seorang wira dan ada juga yang mengatakan beliau adalah musuh negara.

Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim berkata Chin Peng harus dikenang sebagai salah seorang daripada perintis dalam perjuangan kemerdekaan kerana beliau menentang penjajah - yang pertama, Jepun dan kemudian British.

"Jika sejarah ditulis semula, beliau mempunyai tempat dalam perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan," kata beliau.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar berkata kematian Chin Peng menandakan berakhirnya satu era.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang pintar dalam masa yang sukar," kata beliau sambil menambah apa sahaja yang Chin Peng telah dilakukan telah dilakukan untuk kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat dan untuk prinsip yang menjadi pegangannya.

Perjuangan Chin Peng, bagaimanapun, mula dilihat secara negatif apabila beliau terus melawan kuasa-kuasa Malaya yang baru merdeka.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, abu mayatnya tidak seharusnya dibenarkan kembali ke negara ini.

"Bagi saya, Chin Peng bukan sahaja ketua pergerakan komunis yang ganas tetapi juga penjenayah. Chin Peng harus dipadamkan daripada sejarah, supaya rakyat terutamanya generasi muda tidak mengetahui tentangnya.

"Terdapat beberapa detik-detik hitam dalam sejarah negara ini yang perlu diambil sebagai pengajaran tetapi bukan sejarah pengganas dan penjenayah yang melakukan kemudaratan kepada negara," katanya.

Pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia telah secara konsisten menegaskan bahawa kepulangan Chin Peng akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan orang tersayang semasa pemberontakan komunis.

Kira-kira 10,000 orang dipercayai telah terbunuh dalam pemberontakan komunis.

Artikel Sebelum

Chin Peng Meninggal Dunia Di Bangkok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain