suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

43 Penumpang Terselamat Bas Bertembung Lori Sayur

DUNGUN: Seramai 43 penumpang bas ekspres terselamat apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan lori sayur sebelum terhumban ke tebing jalan di Km 73.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Jambatan Dungun, awal pagi Sabtu.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pada 3.30 pagi ketika bas Ekspres dua tingkat yang membawa 43 penumpang itu, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu.

Ketika kejadian kesemua penumpang bas sedang nyenyak tidur.

Katanya, lori yang sarat dengan muatan sayur dari Kelantan itu dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bas sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung.

"Akibat pertembungan itu, bas tersebut terhumban ke tebing kanan laluan," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Kelindan lori, Noor Hisham Zali yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu manakala empat penumpang dan pemandu bas, Tuan Adnan Tuan Aluwi, 48 yang cedera ringan, menerima rawatan pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain