Pakar Ekonomi Dr Mahani Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Pakar Ekonomi Dr Mahani Meninggal Dunia

Datuk Dr Mahani Zainal Abidin
Datuk Dr Mahani Zainal Abidin

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia pada Sabtu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser.

Menurut adiknya, Adnan, jenazah akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di No.1, Jalan Puncak Kiara 1, Kiara View, Desa Sri Hartamas.

Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.

Mahani, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Naib Presiden PAS Husam Musa Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan