suria

Michelle Yeoh, Jimmy Choo, Zang Toi Antara Penerima Pingat

Aktres Filem Antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng (tengah) yang juga penerima Darjah Pingat Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri bersama Pereka Kasut Antarabangsa, Datuk Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Jimmy Choo (kiri) dan Pereka Fesyen Antarabangsa, Datuk Zang Toi yang masing-masing menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh, 49, adalah antara personaliti seni yang menerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2013 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sabtu.

Pelakon filem James Bond 'Tomorrow Never Dies' itu adalah penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Pereka kasut terkenal antarabangsa Datuk Jimmy Choo dan pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Zang Toi masing-masing dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Pakar bahasa, Prof Dr Awang Sariyan, yang merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, turut menerima darjah PJN. - BERNAMA

Artikel Lain