suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Dr Zakaria Mohamed Yatim, 78, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada Sabtu akibat masalah paru-paru.

"Allahyarham memang sering dimasukkan ke HUKM sejak dua bulan lalu," kata anak saudaranya Md Jumaat Md Ali ketika mengesahkan kematian Zakaria pada kira-kira 6.40 pagi kepada Bernama, Sabtu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Roszita Zainuddin serta dua anak perempuan, Shahnaz dan Siti Zubaidah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zohor.

Allahyarham mula menceburi perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai Majistret pada 2 Mac, 1964 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Oktober 1996.

Beliau juga pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan Bahagian Jenayah serta pernah berkhidmat sebagai Peguam Cara Negara dari 1980 hingga 1983. - BERNAMA

Artikel Lain