suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Mengkibol Digugurkan Sebagai Calon DAP

KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol Ng Lam Hua (DAP) digugurkan daripada senarai calon dan digantikan dengan Ketua Pemuda DAP Johor Tan Hon Ping.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu ketika lawatan bagi merasmikan jentera parti, petang Sabtu.

Masih belum jelas sama ada Ng telah digugurkan sepenuhnya atau diletakkan di kerusi lain di negeri itu.

Tan berkata, dia amat terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan parti memandangkan dia bekerja keras selama beberapa tahun di Pekan Nenas.

Beliau berkata, dia akur dengan keputusan parti.

Ng turut berkata, beliau akan menyerahkan kepada parti untuk memutuskan mengenai nasibnya.

Sumber berkata, Tan yang dikhabarkan akan bertanding di Pekan Nenas sebelum ini, dipindahkan ke kerusi Mengkibol bagi membantu menyelamatkan undi untuk Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong (DAP) yang telah diumumkan sebagai calon Kluang.

Artikel Lain